Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Tuesday 22 April 2014 | 5:48 pm | 0 Lovers
Assalamualaikum :) Lemme straight to the point nak cerita pasal Ujian Kelayakan Calon Guru and Ujian Kecergasan Fizikal di IPG Kampus Ilmu Khas hari tu. Aku pergi dengan parents and abang aku . Abang aku yang drive . Kitorang bertolak dalam pukul 9.30 daripada Gua Musang , sampai Gombak dalam pukul  1.30 , 4 jam je GM-KL . Lepas tu heading to IPG KIK , Cheras . Putar sana sini , sampai lah sana pukul 2 setengah . Pergi check in fb hotel pukul 2.45 . Malam sebelumnya dah maps hotel terdekat dengan IPG sebab kena pergi ujian tu pukul 8 . 

Dah janji siap dah dengan Yana check in hotel sama , ak dah booked untuk dia . Tapi yana sampai lewat , pukul 11.45 malam . ak sampai pukul 3 hotel tu , terus tidur . Haha malam tu pergi santap kuewtiaw dekat kedai mamak . Jumpa yaana semua malam tu lepas tu tidur laa , sebab prepare untuk esok. Ak tak yakin sangat nak ujian fizikal tu sebenarnya sebab rasa macam my body arching . Tangan ni pun lenguh semacam je , siap makan panadol lagi malam tu . Esok tu sakit tu mash terasa . Maybe sebab ak kuat sangat jogging and mengayunkan tangan kot beberapa hari yang lalu .

Convoi dengan Yana pergi IPG tu, terjumpa Mc Rock and Farah Shazmin (schoolmates) , and jumpa beberapa orang lagi budak Kelate ni . And ada sorang student IPG ni muka macam Puteri Sarah , si isteri Syamsul Yusoff tu . sumpah comell dia , tinggi dia ideal sangat , macam model . Tapi xsempat nak berkenalan :( sobbs . Okay sambung pasal ujian tu , mula2 masuk ujian bertulis selama 45 minat , kena jawab 195 soalan . Semua soalan berbentuk KBKK

Bahagian A - 135 soalan , ada dua pilihan jawapan sahaja . 
A. wajar 
B. tidak wajar

Bahagian B - 60 soalan , ada 4 pilihan jawapan
A. tidak benar sama sekali
B. tidak benar
C. benar
D. benar sama sekali

Lepas siap ujian bertulis , dalam 10.15 pagi, kitorang pergi ujian fizikal pulak . Ujia fizikal start pukul 10.30 pagi  . Takdi ujian bertulis sekelas dengan Yana , duduk sebelah je . Alhamdulillah . Ujian Fizikal pun masih satu group , sebab dalam satu kelompok ada 5 group rasanya . Kitorang group first .

First station - Bangkit tubi variasi , sit up laa ni . Ada 5 jenis bangkit tubi variasi ni. Kita baring , lutut tu keadaan dia macam orang nak bersalin tuu hehe . lepas tu kena sit up . 

1. sit up sampai tapak tangan sentuh lutut
2. sit up sampai siku sentuh lutut
3. kedua2 tangan kiri n kanan pegang siku satu sama lain rapat ke perut lepas tu sit up
4 . kedua-dua tangan atas kepala sentuh siku satu sama lain and sit up
5. tangan interlock kat belakang tengkuk sentuh scapula(sila google kalau xtahu) lepas tu sit up

Second station - lompat kuadran . 


dia susun macam ni kena lompat sebanyak mungkin dalam masa 10 saat . ikut turutan 1,2,3,4 . 

Third station - Kilas sisi . Berdiri tegak then bukak kaki sedikit , lepas tu , berdiri tu membelakangkan dinding . Kena sentuh lantai then sentuh dinding sebelah kanan , lepas tu sentuh lantai balik then sentuh dinding sebelah kiri . kena buat 40 kali dalam masa seminit .

Last station - BLEEP TEST 
Okay bleep test was no joke guys , serious talk . haha . Lari sebanyak and secepat mungkin . Satu level ada 7 larian then kena capai sebanyak level yang mungkin . Masa semakin cepat berlalu. Satu larian ada dalam 20 meter . Kalau orang yang xde or kurang stamina memang sikit je lah dapat . Its tiring . Seriouslyy . 

Okayy tu je lah ujian bertulis ujian kecergasan fizikal aku di IPG Kampus Ilmu Khas , Cheras, Kuala Lumpur . Aku siap dalam pukul 11.30 pagi . ambik gambar ngan yaana semua , check out hotel , pergi Sogo sekejap then balik Kelate dalam pukul 3.30 . Sampai rumah dalam 7.30 malam :) 
Wasalam , May Allah bless XD XD



0 Comments posted :

Post a Comment

Heyy there , Do Visit , Do Comment :)