Friday, 1 June 2012 | 1:06 pm |
1 Lovers
Assalamualaikum . Kejap lagi saya tak boleh online dah . Tak boleh facebooking tweeting n blogging dah sebab saa mahu balik kampung . Tak de line ah kat sana :( Saya mahu berceloteh sedikit aje tentang tajuk di atas .
Bila kita sayang seseorang , tak semestinya dia sayang kita jugak . *nak nanges ah . Kita just mampu doakan yang dia pun sayang kita jugak kan ? Tapi kita tak boleh paksa dia sayang kita macam mana kita sayang dia kan ? Aduihh . Berbelit nyaa :P
Hmm . Kita sayang seseorang ni tak semestina kita dapat dia . Lagipun , lebih perit jika dimiliki tapi tak dihargai kan ? Hmm . Kalau kita sayangkan seseorang , biarlah rasa sayang itu tak melebihi cinta kita kepada Allah . Barulah kita akan Redha dengan pemergian nyaa itu . Cinta kerana Allah memerlukan pengorbanan . Bukan kerana paras rupa dan harta semata-mata
Jika kita sayangkan seseorang , simpanlah sedikit ruang dalam hati kita untuk benci kepadanya . Kelak , apabila timbul suatu keretakan , kita tak akan terkapai-kapai .
Begitu juga kalau kita bencikan orang . Jangan terlalu benci sebab Allah sentiasa membolak-balikkan hati kita . Manalah tahu perasaan benci itu boleh bertukar mejadi sayang . Hmm . Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang itu , mesti kita akan bahagia tengok dia bahagia tak kira dengan siapa pun .
Kalau kita memiliki dia pun tapi dia tak hargai kita buat apa kan ? Kita juga yang sakit hati . Lastly , mana lah tahu kita sendiri jugak yang cari orang lain kan ? Huh ! Berkasih sayanglah kerana Allah . Letakkan cinta kepada Allah dan Rasulullah itu lebih utama .
Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada orang lain.
Tidak sempurna juga iman seseorang jika dia tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri .
Kalau kita sayangkan seseorang kerana Allah , kita tidak akan rasa terlalu sakit jika dilukai . Kerana kita masih ada Allah untuk meluahkan rasa . Cinta Allah itu cinta hakiki . Insyaallah . May Allah Bless . Wasalam :)
1 Comments posted :
yer. menyayangi taak semestinya memiliki.
kalu sero nk sangat, doa byk2. haha
Post a Comment
Heyy there , Do Visit , Do Comment :)